Pengarang : Diya Nordin
M/s : 682
Penerbit: mustread SDN BHD (terbitan petama 2008)
Salam....... Alhamdulillah
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya berpeluang membaca novel ini. Novel Islamiah yang banyak menyedarkan saya tentang kekuasaan Allah dan ketabahan seorang muslimah..
Sesungguhnya memang sukar menjadi zaujah dan ummi dan mendirikan baitul-muslim...
Sebuah kisah Naqiah Khalida yang kuat dan tabah. Sanggup berkahwin dengan kekasihnya yang menghadapi osteosarcoma peringkat kritikal, Doktor Ahmad Hafferul Haziq... Hasil perkahwinan mereka dikurniakan Firdaus Izzudin....DOktor Haziq yang sanggup memutuskan pertunangan kerana penyakitnya redha atas ketentuan Ilahi yang sememangnya dia dapat mengahwini Naqiah Khalida...hinggalah dia meninggal dunia selepas selamat mengazankan cahaya matanya, Firdaus....
Naqiah Khalida yang tidak pernah merasai kasih sayang ummi dan walidnya akhirnya bertemu kebahagiaannya dengan bantuan Adi (sepupu Dr Firul Haziq).. Bacalah cerita ini kerana ia penuh dengan klimaks dan kontroversi...
Penyudah yang baik apabila Nassirudin atau Adi ingin mengahwini Naqiah Khalida dan ingin menjadi abi Firdaus.. Mereka dikurniakan Nur Alya Insyirah..dan berbahagia sebagai satu keluarga....dan Kebahagiaan di tangan Doktor Naqiah Khalida dan Jurutera Nasiruddin.. Alhamdulillah....
" Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya, maka dia diuji ( dicuba dengan sesuatu musibah) Hadis Riwayat Al- Bukhari
" Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka akan berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
Al-Baqarah : 156
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman"
"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Al Baqarah , ayat 45
" Barangsiapa bersyukur atas nikmat kurniaan Ku nescaya akan Aku tambahkan nikmatKu. Dan barangsiapa kufur maka ingatlah bahawa azabKu amat pedih
Surah Ibrahim, ayat 7
" apabila Allah menyenangi hamba Nya maka diuji agar Allah mendengar permohonannya( kerendahan dirinya)
" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya mencapai kemenangan Surah al-Imran 200
" Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu"
Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani dan Ibnu Hibban
"Seorang isteri yang ketika suaminya mati meredainya maka dia (isteri itu) akan masuk syurga."
Al-Hakim dan At Tarmizi
"Ibu mertua kedudukannya sebagai ibu" At-Tarmizi dan Ahmad
"Cukup berdosa orang yang mensia-siakan tanggungjawab ke atas keluarga" Abu Daud
Rasulullah SAW pernah ditanya tentang peranan kedua orang tua. Beliau menjawab, Mereka adalah yang menyebabkan syurga dan nerakamu Ibnu Majah
Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir. Hadis Riwayat Muslim
nk boking pakej honeymoon,
ReplyDeleteberitahu tarikh nk dtg...
ikut flight atau ferry...
deposit boking rm200...
ape2 email sya ya...
hanifmrp@gmail.com