Salam Ukhwah Shuhada

Alhamdulillah... Blog Jom Membaca dipaparkan walaupun hasilnya tidak seberapa..

Pembaikan akan sentiasa saya lakukan sebagai satu langkah menggalakkan semua membaca buku.

Semoga Amalan Membaca senantiasa diterapkan di kalangan para pelajar SMK Ceneh Baru khasnya serta pelajar -pelajar amnya

Tuesday, September 15, 2009

Ilmu

Ilmu....
Tanpamu tiada erti lahir ke dunia
Tanpamu tiada pemimpin berwibawa
Tanpamu tiada cendekiawan berjaya
Tanpamu tiadalah negara yang maju jaya.....

Ilmu...
Dikau umpama cahaya
Menerangi pelusuk dunia yang fana
keranamu rakyat ini berjaya
mengharumkan nama di mata dunia

Ilmu...
Engkau umpama air yang mengalir
Tanpa henti walau seketika
Menanti manusia menimbanya
Menjadi penyuluh kehidupan

Ilmu...
Carilah ilmu sehingga ke liang lahad..
Carilah ia sedaya upaya
Demi agama, bangsa dan negara....

Nukilan : Mohd Razi b Mat Daud...SMK Ceneh Baru
Sempena Bulan Julai Bulan Membaca