Salam Ukhwah Shuhada

Alhamdulillah... Blog Jom Membaca dipaparkan walaupun hasilnya tidak seberapa..

Pembaikan akan sentiasa saya lakukan sebagai satu langkah menggalakkan semua membaca buku.

Semoga Amalan Membaca senantiasa diterapkan di kalangan para pelajar SMK Ceneh Baru khasnya serta pelajar -pelajar amnya

Thursday, June 3, 2010

KHADIJAH: CINTA ABADI KEKASIH NABI

Hari ini saya ingin menceritakan akan satu buku Islamiah tentang Siti Khadijah...
Buku berwarna pink ini amat sesuai untuk kita baca kerana amat ternilai isinya...219 muka surat..karangan Muhammad Abduh Yamani, Terbitan PTS Islamica...

Tokoh wanita terbesar yang menjadi pelabuhan hati yang penuh dengan kasih sayang bagi Rasulullah SAW..

Kematiannya adalah musibah terbesar selepas kematian Abu Talib..
Mekah menjadi suram....Tahun itu tahun kesedihan

Rasulullah bangga akan isterinya....

" Setiap kali berasa susah atau kesulitan lalu datang kepada Khadijah pasti dia membuatku berasa lega dan masalah kulenyap... Dia menolongku, dia membenarkanku, beriman kepadaku dan memberikan semua yang dimilikinya di jalan dakwah ini...

Setiap kali aku datang kepadanya pasti dia menolongku apabila orang-orang itu menyerangku... Dia juga membenarkanku apabila orang-orang mendustakanku...Dia pun meringankan bebanku..Semoga Allah meredainya dan membuatnya redha....

Rasulullah memelihara cintanya dan menjaga posisinya dalam ruang hatinya....
Sentiasa beliau sebut walau di depan Siti Aisyah bt Abu Bakar yang turut dicintainya....

Dia menjaga cinta seumpama cinta itu baginya dalam hati, akal dan perasannya.....

Khadijah- gambaran sempurna wanita yang utama, kawan yang setia, isteri yang ikhlas dan mukminah yang sejati.....

Kerana itu perjalanannya penuh cahaya dan tetap abadi sampai Allah menyudahi sejarah bumi ini........Al-Fatihah..

Dipetik dari Pemergian Khadijah- KHADIJAH- Cinta Abadi Kekasih Nabi
Sama2 kita membacanya!!!!!

No comments:

Post a Comment