Salam Ukhwah Shuhada

Alhamdulillah... Blog Jom Membaca dipaparkan walaupun hasilnya tidak seberapa..

Pembaikan akan sentiasa saya lakukan sebagai satu langkah menggalakkan semua membaca buku.

Semoga Amalan Membaca senantiasa diterapkan di kalangan para pelajar SMK Ceneh Baru khasnya serta pelajar -pelajar amnya

Wednesday, April 28, 2010

PEMENANG ANUGERAH NILAM 2009

Inilah kenangan bermakna saya bersama anak buah saya. Pelajar - pelajar yang amat rajin memberi sokongan. Dan untuk itu Kejayaan mereka membaca amat saya hargai dan Anugerah Nilam bagi saya amat sesuai untuk mengiktiraf mereka

Hadiah pertama, kamus besta,
Hadiah Kedua, Pen drive
Hadiah ketiga juga pen drive




Tahniah.....pelajar-pelajarku...Moga kejayaan dalam genggaman...di dunia dan di akhirat, amin

Monday, April 26, 2010

BIOGRAFI GEMILANG ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ)

Hari ini saya nak ulas buku Saidina Abu Bakar As-Siddiq... Best buku ni..

Ada terdapat mutiara kata yang timbul dari hati dan fikiran beliau...

1. Carilah mati, nescaya kamu akan dianugerahi kehidupan
2. Kebenaran yang paling benar adalah amanah dan dusta yang paling dusta adalah khianat
3. Yang terbaik adalah dua sifat yang paling engkau benci
4. Sabar adalah sebahagian iman dan yakin adalah keseluruhan iman
5. Apabila sesuatu kebaikan luput darimu, maka berusahalah memperolehinya dan jika
kebaikan itu telah menemuimu, maka bersegeralah.
6. Tidak ada musibah yang terasa berat jika telah ada yang menghibur.

Marilah sama-sama kita baca buku ini...banyak kisah menarik di dalamnya...balasan mereka yang meninggalkan solat, bagaimana meninggalnya Saidina Abu Bakar..dan banyak lagi. Buku yang bermuka surat 371 muka surat, hasil susunan Abdul Latif Rifqi, cetakan 2004 amat sesuai dibaca untuk semua peringkat umur..

AlFatihah untuk Saidina Abu Bakar As Siddiq..

Monday, April 12, 2010

Buku : Aku Terima Nikahnya....

Salam ukhwah...
Hari ni saya nak rumuskan buku "Aku terima nikahnya"
Bagus sangat buku ni...buku yang bermotivasi karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil..

Bukan sahaja bagus untuk mereka yang sudah berkahwin malah sebagai panduan bagi mereka yang masih belum bertemu jodoh...macam saya..hehe

Apapun..
Gaya penyampaian Ustaz yang bersahaja membuatkan saya amat tertarik dengan nasihat dan penyampaian yang sangat luar biasa..

Dan seterusnya membuat kita bersyukur atas segala kurnia Nya dan menerima seadanya..
Hargailah pasangan anda...Ingatlah...kesempurnaan apabila sama-sama melengkapi antara satu sama lain..."You complete Me" ( Ayat hebat untuk suami dan isteri)

Jom kita sama-sama baca buku ini..227 muka surat,Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd, Cetakan Mei 2008